Newsletter Majexa 2

Assalamualaikum rakan-rakan semua, alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk meneruskan aktiviti bersama-sama. Ada beberapa pengumuman penting untuk makluman kita bersama. Yang pertama, MAJEXA telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan ROS pada […]

Diterbitkan pada 4 November 2020 dalam kategori 

Assalamualaikum rakan-rakan semua,

alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk meneruskan aktiviti bersama-sama. Ada beberapa pengumuman penting untuk makluman kita bersama.

Yang pertama, MAJEXA telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan ROS pada hujung minggu yang lalu. Dengan pendaftaran ini, kita adalah persatuan rasmi di sisi undang-undang di Malaysia.

Setakat ni, sudah 269 rakan-rakan kita yang telah mendaftarkan akaun di laman rasmi www.majexa.org daripada sejumlah 407 bekas pelajar yang masih berpijak di bumi ini. Takziah dan alfatihah diucapkan kepada 6 orang rakan kita yang telah meninggal dunia.

Aktiviti sepanjang minggu ini.

Kuliah Maghrib - Bacaan kitab Safinatun Najah

Pada hari rabu setiap minggu, bacaan kita bersama Ustaz Ashrul Hisyam (aka hensem), Mudir Ma'ahad Al-Munir, Jalan Kebun, Selangor akan diadakan pada jam 7.30 malam melalui aplikasi Zoom.

Butiran zoom meeting boleh diperolehi di halaman Kuliah Maghrib MAJEXA

Coffee Talk - Malaysia Economy Outlook 20/21

Pada hari Jumaat pula, sesi coffee talk bersama saudara Abd Rahim Jamil, PhD Candidate, Economics, UPM akan berkongsi mengenai keadaan ekonomi masa hadapan selepas pembentangan bajet pada petang hari jumaat tersebut. Coffee Talk akan bermula pada jam 9.00 malam di aplikasi Zoom.

Butiran lanjut mengenai sesi ini boleh diperolehi di halaman Coffee Talk

Sharing - Allah dalam hati anakku

Sesi seterusnya adalah pada Sabtu jam 9.00 pagi. Kupasan topik ini bersama Associate Professor Dr. Siti Ujila Masuri. Topik menarik untuk semua yang mempunyai anak.

Sama-sama kita belajar ilmu dalam sesi ini bersama Dr. Siti Ujila. Butiran lanjut di halaman Anakku.

Kesihatan - Duhai si jantung hati

Topik penjagaan jantung menjelang umur 40 ini akan dikongsikan oleh Dr. Syis Zulkipli, Pakar perubatan kecemasan dan trauma, Hospital bentong.

Semoga kita semua akan lebih cakna dalam penjagaan kesihatan dengan umur yang semakin meningkat ini. Info zoom boleh diperolehi di halaman Jantungku.


Setiap minggu, kita akan menyusun slot-slot sharing bersama rakan-rakan dalam pelbagai bidang untuk memberikan manfaat bersama.

Sesambil tu, bolehlah juga follow Telegram Channel Rasmi Majexa dan ajak rakan-rakan lain untuk sama-sama mendaftarkan akaun di halaman www.majexa.org/register.

Sekian, salam hormat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

About Majexa

MAJEXA or MRSM Jasin Ex Student Association have been established since 2009 by a group of ex-students from the SPM 2000 batch to act as a non-profit organization to encourage, foster and promote close relations among our batchmates.
read more »
All rights reserved © 2020 - MRSM Jasin Ex Student Association - Majexa.org