Diterbitkan pada 11 November 2020 dalam kategori News
Assalamualaikum semua rakan-rakan,
semoga berada dalam kesihatan yang terbaik. Minggu lepas merupakan minggu yang begitu padat dengan pelbagai perkongsian menarik daripada rakan-rakan kita dalam pelbagai bidang.
Minggu ni kita masih meneruskan aktiviti perkongsian dengan topik yang tak kurang hebatnya. Selain itu, kita juga telah membuka borang survey untuk mengenalpasti keadaan semasa rakan-rakan sekalian.
Kita semua sedia maklum keadaan Covid 19 ini telah memberikan impak dalam pelbagai keadaan dan situasi. Sehubungan itu, pihak MAJEXA ingin mengenalpasti sekiranya ada rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam apa juga bentuk.
Keutamaan diberikan kepada rakan-rakan yang mungkin terjejas pendapatan secara langsung dan juga yang mengalami masalah kesihatan fizikal dan mental.
Jemput untuk isi survey ini di pautan berikut : Halaman Kali Selidik MAJEXA - Covid 19 dan PKP
Minggu ini seperti minggu sebelum ini, kita akan bersama Ustaz Ashrul Hisyam (aka Hensem) untuk syarahan kitab Safinatun Najah. Sesi pada hari Rabu selepas solat maghrib, jam 7.30 malam.
Info lanjut mengenai zoom meeting ini boleh dilihat di halaman Kuliah Maghrib MAJEXA.
Pada hari khamis malam pula, kita akan bersama saudara Mohd Qayyum Mohd Adnan, HR Manager, Dialog Group Berhad, berkongsi mengenai topik 7 Habits of highly effective people.
Topik ini sangat berguna dalam kehidupan seharian dan dalam menguruskan kerjaya kita seharian. Info lengkap mengenai zoom meeting boleh di lihat di halaman 7 Habits of highly effective people
Ini merupakan slot terbaru yang diperkenalkan, kali ini perkongsian terus dari FB page Majexa. Terbuka kepada orang ramai. Boleh terus ke FB Page MAJEXA untuk menonton secara langsung pada setiap hari sabtu, bermula jam 9.30 pagi. Perkongsian bersama Ustaz Ashrul Hisyam.
Setakat hari ini, seramai 285 rakan-rakan kita telah mendaftarkan diri dalam web rasmi majexa.org ini. Ianya melibatkan 70% daripada jumlah keseluruhan batch kita.
Semoga setiap aktiviti yang dijalankan ini akan mendatangkan manfaat kepada kita bersama.
Sekian,
MAJEXA