Diterbitkan pada 2 December 2020 dalam kategori News
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Tanpa kita sedari, kita telah pun memasuki bulan Disember 2020. Setakat ini kita sudah membuat 16 perkongsian daripada ahli MAJEXA sendiri yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Bagi perkongsian dari rakan-rakan MAJEXA ini, andai tidak mempunyai kelapangan untuk mendengar perkongsian secara langsung, ahli juga dapat mendengar secara rakaman kerana semua perkongsian ini akan dirakam dan dimuatnaik ke laman web MAJEXA. Kami harapkan dengan adanya perkongsian ini dapat memberi bermanfaat kepada semua.
Bagi mana-mana ahli yang belum mengemaskini profil diri masing-masing, boleh ke SINI untuk mengemaskini profil diri serta size tshirt MAJEXA.
Selain itu, kita juga telah membuka ruangan perkongsian 'Quotes' untuk ahli-ahli MAJEXA berkongsi kata-kata hikmah nukilan diri sendiri yang diharapkan mampu menjadi inspirasi kepada orang lain. Boleh klik SINI untuk berkongsi quotes anda.
Minggu ini, kita tidak mempunyai sebarang perkongsian tetapi Kuliah Maghrib diteruskan seperti biasa. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Ashrul Hisham pada hari Rabu, 2 Disember 2020 jam 7.30 malam.
Butiran zoom kuliah maghrib boleh rujuk halaman Kuliah Maghrib
Kuliah Dhuha juga akan berlangsung seperti biasa iaitu pada hari Sabtu, 5 Disember 2020 jam 9 pagi. Boleh terus ke FB Page Rasmi Majexa untuk mengikuti kuliah minggu ini.
Pada hujung minggu ini, 6 Disember 2020, AJK Interim MAJEXA akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa agenda dan perancangan kegiatan. InshaAllah semoga perancangan yang dibuat diharapkan dapat memberi manfaat kepada ahli MAJEXA semua.