Diterbitkan pada 22 December 2020 dalam kategori News
Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat semua? Diharapkan semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Minggu ini adalah minggu kedua terakhir sebelum kita memasuki tahun baru 2021.
Tidak dinafikan, penghujung tahun sebegini sebelum ini merupakan waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan orang. Mana yang ada anak bersekolah, waktu ini sudah mula sibuk membeli pakaian dan kelengkapan sekolah anak. Waktu ini juga bagi sesetengah yang lain, merupakan waktu untuk menghabiskan cuti wajib, jadi inilah masa yang terbaik untuk melancong, pulang ke kampung atau sekadar berehat di rumah..
Tetapi lain pula untuk tahun ini, tidak terasa sangat kemeriahan hujung tahun seperti sebelum ini. Ibu bapa tidak sibuk membeli kelengkapan sekolah memandangkan sekolah belum bermula pada awal Januari nanti. Keghairahan melancong dalam negara juga tersekat akibat kes Covid yang masih tinggi dan untuk ke luar negara bercuti juga adalah mustahil pada waktu ini. Begitu juga keseronokan berehat di rumah, kian pudar memandangkan kebanyakannya sudah berada di rumah agak lama kerana sudah bekerja dari rumah dari awal PKP dulu.
Namun, tetaplah redha atas apa yang berlaku. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan marilah sama-sama kita berdoa moga keadaan akan bertambah baik di masa hadapan.
Seperti biasa, kita akan teruskan Kuliah Maghrib bersama dengan Ustaz Ashrul Hisham pada hari Rabu, 23 Disember 2020 jam 7.30malam. Alhamdulillah, telah banyak topik yang telah dikupas oleh Ustaz Hisham sebelum ini yang banyak memberikan manfaat.
Butiran Zoom Kuliah Maghrib boleh rujuk di Halaman Kuliah Maghrib
Kuliah Dhuha juga akan berlangsung seperti biasa pada minggu ini. Nantikan kemunculan Ustaz Ashrul Hisham pada hari Sabtu ini, 26 Disember jam 9.00 pagi. Tentunya akan membawa topik yang lebih menarik pada minggu ini. Jom saksikan bersama-sama.
Untuk mengikuti kuliah ini, boleh terus ke FB Page Rasmi MAJEXA