Diterbitkan pada 30 December 2020 dalam kategori News
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Tanpa kita sedari kita telahpun berada di penghujung tahun 2020. Kurang dari 3 hari lagi, kita akan memasuki tahun baru 2021. Tentunya tahun 2020 sangat mencabar dengan keadaan dunia dilanda covid-19 dan pergerakan kita yang terbatas kerana PKP, juga kesukaran untuk mengembara atau “travel” ke luar negara. Tetapi alhamdullillah, warga Majexa berada dalam keadaan sihat dan harapan kami kita semua dapat menjaga kesihatan dan diri masing-masing dengan mengamalkan SOP yang disarankan.
Tidak ramai yang meletakkan harapan apabila kita cuba untuk 'revive' atau 'restart' MAJEXA setelah masing-masing membawa haluan selepas kita mengucapkan selamat tinggal kepada MRSM Jasin 20 tahun yang lepas. Namun, ternyata kita dapat menjejaki hampir 300 ahli Majexa daripada 400 pelajar tahun 1999-2000. Siapa sangka? Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak AJK Interim MAJEXA atas usaha yang dijalankan bagi menjejaki ahli-ahli. Syukur dengan adanya media sosial dan Internet dapat memudahkan urusan.
Ahli-ahli MAJEXA juga merakamkan ucapan terima kasih atas segala aktiviti yang telah dianjurkan setakat ini terutamanya aktiviti perkongsian atau 'sharing'. Ianya amat bermanfaat. Dengan ini, diharapkan agar lebih ramai dapat tampil untuk membuat perkongsian bukan sahaja mengenai kerjaya atau bidang professional, bahkan juga apa-apa topik yang dirasakan sesuai untuk dikongsikan.
Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru buat semua! Semoga MAJEXA dapat bergerak dengan lebih aktif pada tahun hadapan dengan aktiviti-aktiviti menarik yang dapa memberikan impak positif pada semua. Doakan juga agar keadaan bertambah baik dan kembali kepada normal, InshaAllah.
Bertemu lagi kita pada tahun 2021!!
Seperti biasa, kita akan teruskan Kuliah Maghrib bersama dengan Ustaz Ashrul Hisham pada hari Rabu, 30 Disember 2020 jam 7.30malam. Alhamdulillah, telah banyak topik yang telah dikupas oleh Ustaz Hisham sebelum ini berdasarkan kitab Safinatun Najah yang banyak memberikan manfaat kepada kita.
Butiran Zoom Kuliah Maghrib boleh rujuk di Halaman Kuliah Maghrib
Tahlil bulanan akan diteruskan seperti biasa untuk bulan ini. Tahlil ini adalah dijalankan khusus buat sahabat-sahabat serta guru-guru MAJEXA yang telah pergi meninggalkan kita. Selain itu, tahlil ini juga dijalankan buat ibu bapa MAJEXA atau ahli keluarga terdekat yang juga telah pergi mengadap Ilahi mendahului kita. Semoga amalan ini dapat diteruskan dan memberi manfaat pada kita di sini juga bagi yang telah pergi.
Info lanjut mengenai aktiviti ini boleh layari di Tahlil Bulanan MAJEXA
Kuliah Dhuha juga akan berlangsung seperti biasa pada hari Sabtu ini, 2 Januari 2021 jam 9.00 pagi. Nantikan kemunculan Ustaz Ashrul Hisham yang tentunya akan membawa topik yang lebih menarik pada minggu ini. Jom saksikan bersama-sama.
Untuk mengikuti kuliah ini, boleh terus ke FB Page Rasmi MAJEXA