Diterbitkan pada 9 January 2021 dalam kategori News
Assalamualaikum
Selamat tahun baru buat semua sahabat-sahabat MAJEXA. Alhamdulillah bersua kembali kita di lembaran ini pada minggu pertama tahun baru 2021.
Untuk pembukaan tahun baru ini, kita dikejutkan dengan kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri di Malaysia. Di Pahang terutamanya, lebih daripada 40 ribu penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Begitu juga di Johor. Kita amat bersimpati kepada mangsa-mangsa banjir ini yang telah kehilangan harta benda , malah ada antara mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat musibah ini. Kita amat berharap agar tiada di kalangan ahli MAJEXA yang terlibat dengan kejadian banjir ini.
Selain banjir, kita turut dikejutkan dengan peningkatan kes jangkitan Covid 19 yang mencatatkan rekod jangkitan lebih daripada 3 ribu ke sehari. Ini sebenarnya amat membimbangkan. Buat sahabat-sahabat semua, jaga diri, jaga kesihatan dan sentiasalah ikut SOP yang telah ditetapkan. Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah.
Untuk minggu ini, kita amat bertuah kerana salah seorang sahabat MAJEXA kita sudi meluangkan masa untuk melakukan sesi perkongsian. Sahabat yang dimaksudkan adalah Saudara Mohd Hadihaizil yang akan berkongsi mengenai blockchain and crypto currency. Jom sama-sama kita dengar perkongsian ini yang dijalankan pada hari Jumaat ini pada jam 9.00 malam.
Segala info mengenai sesi perkongsian ini boleh lihat di SINI.
Seperti biasa, kuliah dhuha diteruskan lagi minggu ini dengan topik yang lebih menarik dari Ustaz Ashrul Hisham. Jangan lupa temujanji kuliah dhuha pada Sabtu ini, jam 9.00 pagi.
Untuk mengikuti kuliah ini, boleh terus ke FB Page Rasmi MAJEXA