Diterbitkan pada 8 December 2020 dalam kategori News
Assalamualaikum.
Berjumpa kembali kita pada minggu ini. Alhamdulillah, kita sudah masuk minggu kedua bagi bulan Disember. Begitu pantas masa berlalu, hanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menyambut tahun baru meninggalkan 2020 dengan penuh kenangan. Semoga segala yang terbaik menanti kita nanti.
Seperti biasa, untuk minggu ini kita akan teruskan lagi aktiviti kuliah dan sesi perkongsian oleh ahli MAJEXA.
Seperti biasa, kuliah maghrib mingguan akan diteruskan oleh Ustaz Ashrul Hisham pada hari Rabu, 9 Disember jam 7.30 malam. Ustaz Hisham akan mengupas lebih lanjut mengenai Kitab Safinatun Najah.
info mengenai zoom meeting di Halaman Kuliah Maghrib
Umum sudah mengetahui, dunia sekarang berhadapan dengan Pandemik Covid 19 yang telah menjejaskan sektor ekonomi negara. Ini menyebabkan ramai dari kalangan kita terjejas terutamanya dari segi pendapatan. Jadi, di saat-saat ini, pengurusan kewangan yang betul adalah sangat penting sebagai persediaan bagi kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang lebih teruk.
Untuk perkongsian minggu ini, topik yang akan dikongsikan adalah sangat menarik dan boleh dikatakan sangat bertepatan dengan keadaan semasa yang dialami iaitu topik Basic Financial Planning. Topik ini akan dikongsikan oleh saudara Muhammad Alaudin, seorang financial planner berlesen yang amat berpengalaman. Jadi, jangan lupa, sama-sama kita tonton perkongsian ini yang akan diadakan pada 11 Disember jam 9.00 malam. InshaAllah moga kita beroleh manfaat yang besar dari perkongsian ini.
info zoom meeting di Halaman Basic Financial Planning
Seperti biasa, aktiviti mingguan kita akan diakhiri dengan kuliah Dhuha oleh Ustaz Ashrul Hisham pada hari Sabtu, jam 9 pagi. Ustaz Hisham akan menerangkan topik baru dari Kitab Tarbiyatul Awlad yang menceritakan pendidikan awal kanak-kanak mengikut ajaran Islam. Sama-sama kita tonton nanti.
Kuliah akan berlangsung di Halaman FB Majexa